Blog Saya Telah Berpindah! Disember 26, 2008
Posted by shukor in Berita Terkini.add a comment
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,
terima kasih saya dahulukan di atas kesudian anda melawat blog ini. Di sini saya ingin memaklumkan bahawa blog saya telah pun berpindah ke hosting sendiri.
Anda boleh lawati blog saya di http://shukorsubahir.com/blog
Diharap anda sudi melawati blog saya kerana lebih banyak info dan tawaran2 yang menarik menanti anda di sana.
Sekian.
Shukor Subahir
Wang Bukan Satu Matlamat? Oktober 23, 2008
Posted by shukor in Mentor Jutawan,Motivasi Jutawan, Tips Perniagaan, Bisnes Internet.add a comment
Anda pasti tidak mahu mendengar orang lain bercakap tentang tajuk di atas. Kebanyakan orang beranggapan “saya mahu mendapat wang yang banyak. Tidak kira macam mana sekalipun”.
Terus-terang saya katakan hendak memiliki wang yang banyak bukanlah satu matlamat.
Ya, bukan satu matlamat!
Wang hanyalah alat yang membantu anda untuk mengawal destinasi anda. Oleh itu, anda akan hidup dalam kehidupan yang anda mahukan dan mencapai matlamat anda.
Dunia di sekeliling anda memberikan anda tanggapan yang wang adalah kunci kepada kehidupan yang bahagia.
Berhenti dan fikirkan sejenak…
Berapa banyak orang kaya, artis-artis atau orang kaya yang menang loteri yang anda tahu?
Jarang sekali…wang hanya membantu anda mendatangkan masalah! Wang bukan membawa kebahagiaan. Kebanyakan orang mengalami kesengsaraan disebabkan terlalu cintakan wang.
Ambil masa dalam beberapa saat dan fikirkan tentang perkara tersebut…
Fikirkan yang wang hanyalah sebagai alat, satu alat yang boleh anda gunakan untuk mencapai cara hidup yang anda kehendaki.
Baiklah, apa yang dimaksudkan dengan cara hidup?
Cara hidup anda mungkin:
- Anda mahu bekerja hanya 3 hari seminggu atau
- Anda mahu pergi bercuti selama 8 minggu setahun atau
- Anda mahu bekerja separuh masa supaya anda boleh menjadi jurulatih pasukan bola anak anda.
- Anda mahu menjadi sukarelawan kerana anda rasa ia amat penting atau
- Anda mahu membantu anak anda di perpustakaan sekolah dan menjadi sukarelawan di sana.
Semua ini adalah pilihan dalam cara hidup.
Wang yang dapat membantu anda mencapai cara hidup yang anda mahukan!
Jangan fokus kepada cara untuk mendapat wang dalam jumlah yang tertentu, tetapi fokus kepada cara bagaimana untuk meletakkan hidup anda dalam posisi yang tertentu, dan wang dapat membantu anda melakukan perkara itu.
Saya tahu pendapat saya ini jarang didengar dan bertentangan dengan pendapat majoriti, tetapi ini merupakan prinsip asas orang-orang yang berjaya, dihormati, dan pemilik perniagaan yang cemerlang.
Oleh itu ingatlah: Wang bukanlah kunci kepada kebahagiaan, tetapi membantu anda mengawal dan mencapai matlamat hidup anda.
Selamat beramal!






