Wang Bukan Satu Matlamat? Oktober 23, 2008
Posted by shukor in Mentor Jutawan,Motivasi Jutawan, Tips Perniagaan, Bisnes Internet.add a comment
Anda pasti tidak mahu mendengar orang lain bercakap tentang tajuk di atas. Kebanyakan orang beranggapan “saya mahu mendapat wang yang banyak. Tidak kira macam mana sekalipun”.
Terus-terang saya katakan hendak memiliki wang yang banyak bukanlah satu matlamat.
Ya, bukan satu matlamat!
Wang hanyalah alat yang membantu anda untuk mengawal destinasi anda. Oleh itu, anda akan hidup dalam kehidupan yang anda mahukan dan mencapai matlamat anda.
Dunia di sekeliling anda memberikan anda tanggapan yang wang adalah kunci kepada kehidupan yang bahagia.
Berhenti dan fikirkan sejenak…
Berapa banyak orang kaya, artis-artis atau orang kaya yang menang loteri yang anda tahu?
Jarang sekali…wang hanya membantu anda mendatangkan masalah! Wang bukan membawa kebahagiaan. Kebanyakan orang mengalami kesengsaraan disebabkan terlalu cintakan wang.
Ambil masa dalam beberapa saat dan fikirkan tentang perkara tersebut…
Fikirkan yang wang hanyalah sebagai alat, satu alat yang boleh anda gunakan untuk mencapai cara hidup yang anda kehendaki.
Baiklah, apa yang dimaksudkan dengan cara hidup?
Cara hidup anda mungkin:
- Anda mahu bekerja hanya 3 hari seminggu atau
- Anda mahu pergi bercuti selama 8 minggu setahun atau
- Anda mahu bekerja separuh masa supaya anda boleh menjadi jurulatih pasukan bola anak anda.
- Anda mahu menjadi sukarelawan kerana anda rasa ia amat penting atau
- Anda mahu membantu anak anda di perpustakaan sekolah dan menjadi sukarelawan di sana.
Semua ini adalah pilihan dalam cara hidup.
Wang yang dapat membantu anda mencapai cara hidup yang anda mahukan!
Jangan fokus kepada cara untuk mendapat wang dalam jumlah yang tertentu, tetapi fokus kepada cara bagaimana untuk meletakkan hidup anda dalam posisi yang tertentu, dan wang dapat membantu anda melakukan perkara itu.
Saya tahu pendapat saya ini jarang didengar dan bertentangan dengan pendapat majoriti, tetapi ini merupakan prinsip asas orang-orang yang berjaya, dihormati, dan pemilik perniagaan yang cemerlang.
Oleh itu ingatlah: Wang bukanlah kunci kepada kebahagiaan, tetapi membantu anda mengawal dan mencapai matlamat hidup anda.
Selamat beramal!
Cara Mencari Ilmu September 15, 2008
Posted by shukor in Mentor Jutawan,Motivasi Jutawan.add a comment
Dalam mencari ilmu, memang perlu kita melabur. Di sini saya akan terangkan serba ringkas tentang cara-cara mencari ilmu. Cara-cara mencari ilmu :
1. Melalui buku-buku
Jangan lupa,tidak semestinya anda membeli buku. Perpustakaan membolehkan anda membaca apa saja buku dari pelbagai bidang tanpa anda perlu membeli buku-buku tersebut. Alasan tiada wang untuk membeli buku tidak diterima di sini.
2. Tanya Pada Yang Pakar
Salah satu cara terpantas mencari ilmu adalah mempelajari daripada mereka yang pakar. Dalam bidang apa sahaja pun, terdapat pakar yang telah berjaya. Pelajari dari pakar industri anda dan ia merupakan short-cut untuk anda berjaya. Ingat, anda tidak perlu mencipta kaedah baru- ikuti kaedah dan strategi yang digunakan oleh orang yang berjaya, dan anda juga akan turut berjaya!
3.Sertai Seminar Dan Kursus
Anda juga boleh menyertai seminar dan kursus dalam memperbaiki nilai anda sendiri. Walaupun anda perlu melabur sejumlah wang dan tenaga anda untuk ke tempat kursus, sering kali saya mendengar kisah-kisah kejayaan daripada pelaburan sebegini. Peserta-peserta kursus saya juga ramai yang telah berjaya melalui kaedah ini!
Terdapat banyak cara untuk menambahkan ilmu yang akan menambahkan isi dompet anda! Apa yang menghalang anda hanyalah kemahuan anda dan kesungguhan anda untuk mencari ilmu tersebut.
Selamat Beramal !







