jump to navigation

Terapi Solat Oktober 21, 2008

Posted by shukor in Berita Terkini, Tips Perniagaan, Bisnes Internet.
add a comment

KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.

SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.

Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.

Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?

Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.

Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.

Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.

Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.

Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan.

Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.

“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya.

Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.

Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM.

Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.

Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.

Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.

Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu.

Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.

“Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.

Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.

Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.

Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.

Sumber: Berita Harian

Apa kelebihan solat dari segi perniagaan pula? Renung-renungkan dan selamat beramal!  :)

Benarkah Produk Digital Boleh Dijual Di eBay? Oktober 20, 2008

Posted by shukor in Berita Terkini, eBay, Lelong.
add a comment

Anda mungkin dah tahu bahawa pada masa sekarang, kita tidak boleh menjual ebook di eBay. Kebanyakan dari kita  selalunya menganggap produk informasi hanyalah ebook semata-mata. Ramai yang mensia-siakan idea yang mereka miliki untuk menghasilkan produk ebook kerana mereka rasa mereka bukan dilahirkan sebagai seorang penulis atau tidak mahu menggunakan masa dan kelebihan yang mereka ada untuk menghasilkan sebuah ebook.

Produk informasi sebenarnya merangkumi pelbagai medium dan format. Ia boleh jadi rakaman dalam bentuk audio, video, buku atau pun perisian. Ianya  boleh dihantar melalui muat turun secara digital atau dihasilkan melalui CD, DVD atau pun percetakan secara manual. Jika anda tidak suka menulis, anda boleh merekod suara anda mengenai sesuatu topik.

Bagaimana jika anda tidak tahu satu apa pun mengenai sesuatu topik tersebut? Cari orang yang bijak dan arif dalam topik yang anda mahukan. Anda boleh melakukan temuramah dengan orang yang arif tentang topik itu. Anda boleh menghantar produk sebagai muat turun audio dalam bentuk mp3 format atau pun CD. Terdapat servis yang membolehkan anda menemuramah seseorang melalui talian telefon, tetapi saya tidak akan menceritakan tentang servis tersebut pada kali ini. Servis tersebut akan merekodkan perbualan anda dan menghantar kepada anda semula dalam bentuk mp3.

Sebenarnya, anda boleh memilih untuk ‘outsource’ semua kerja penghasilan produk jika anda mahu. anda cuma keluarkan idea  dan ‘outline’ nya sahaja. Jadi, terpulang kepada anda.

Oh ya, saya hampir terlupa. saya hendak membuat satu pengumuman penting. Pada ‘post’ yang lepas, saya ada menceritakan mengenai produk terbaru dari saudara SifuLAN iaitu ‘Panduan & Teknik Rahsia eBay’. Jika anda membeli melalui link affiliate saya, anda akan medapat bonus tambahan ebook mengenai eBay. Antaranya ialah:                                  

 

The Expert Guide to Cashing in on eBay (Berserta MasterResell Rights)

 

From eBay Zero to eBay Hero

 

 40 PLR Article Pack – eBay Marketing

 

 How to Earn Full-time Living on eBay

 

The Real Secret to Quick and Easy eBay Profits Report

Jadi, apa tunggu lagi? Cepat, dapatkan ebook Panduan & Teknik Rahsia eBay sekarang!! Klik di sini:
http://www.ebay.rahsiasifu.com/index.php?ref=rahsiasifu .

Untuk mendapat hadiah bonus tersebut, anda cuma perlu email kepada saya bukti pembelian Panduan & Teknik Rahsia eBay dan saya akan menghantar hadiah-hadiah tersebut kepada anda.

Buatlah pembelian segera jika anda tidak mahu terlepas kali ini, http://www.ebay.rahsiasifu.com/index.php?ref=rahsiasifu .

 

Ikhlas, 

Shukor Subahir